KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KEROSAKAN DI TIGA (3) UNIT BANGUNAN KEDAI DUA (2) TINGKAT DI ATAS LOT 16302, LOT 16303 DAN LOT 16304 MUKIM MACHANG, JAJAHAN MACHANG, NEGERI KELANTAN
Rujukan : PMBK/PTD4/HTR8/21/(316)
Tarikh : 07 Zulkaedah 1446H Bersamaan 05hb Mei 2025
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
JABATAN MODAL INSAN DAN PENTADBIRAN
________________________________________
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
NO SEBUT HARGA: PMBK/PTD4/HTR8/21 (316)
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat/kontraktor yang berkelayakan dan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja sebagaimana berikut :- Kerja-Kerja Membaikpulih Kerosakan Di Tiga (3) Unit Bangunan Kedai Dua (2) Tingkat Di Atas Lot 16302, Lot 16303 Dan Lot 16304 Mukim Machang, Jajahan Machang, Negeri Kelantan Sesi taklimat akan diadakan pada 15hb Mei 2025, Jam 10.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik Tingkat 3, Bangunan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz 15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Borang sebut harga boleh didapati semasa sesi taklimat tersebut. Penyebut harga adalah diwajibkan menghadiri sesi taklimat. Hanya penyebut harga yang menyertai sesi taklimat sahaja layak menyertai tawaran sebut harga. Permohonan mendapatkan dokumen tawaran sebut harga adalah dengan kadar bayaran RM30.00 sahaja. Dokumen sebut harga adalah tidak terhad namun PMBK berhak menolak mana-mana tawaran yang disifatkan gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan pada dokumen tawaran sebut harga tersebut. Dokumen tawaran yang dilengkapkan butir-butir sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat serta ditandakan No. rujukan sebut harga di sebelah kanan atas sampul surat dan dihantar ke dalam peti tender di pejabat PMBK, Tingkat 6 pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada 22hb Mei 2025. PMBK tidak terikat menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. PMBK berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran tanpa menyata sebab di atas keputusan tersebut.
|
|
DOKUMEN WAJIB Syarikat yang menyertai tawaran sebut harga hendaklah menyediakan/melampirkan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan dokumen tawaran sebut harga :-
|
|
DOKUMEN SOKONGAN
|
|
JABATAN MODAL INSAN & PENTADBIRAN |