A- A A+
             
     
             

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

 

ROH PENGORBANAN DALAM TADBIR URUS KORPORAT

 

Segala pujian selayaknya hanya milik Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat r.a. serta seluruh ahli keluarga baginda. Pengorbanan adalah sesuatu yang dituntut oleh Allah SWT kepada seluruh hamba-Nya dalam mengubah diri menjadi lebih baik, khususnya dalam mendapatkan keredaan Allah SWT sehingga dianugerahkan kejayaan di dunia dan akhirat.

Falsafah daripada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. bersama ahli keluarga baginda sarat dengan pelbagai ibrah dan hikmah kepada kita semua. Antara pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya yang boleh diteladani ialah:

  • Nabi Ibrahim a.s. tidak pernah mengatakan “tidak” terhadap perintah Allah SWT kepadanya walau sesukar manapun perintah tersebut.

  • Isteri baginda iaitu Hajar a.s. juga akur dengan tindakan Nabi Ibrahim meninggalkannya dan anak kecil Ismail a.s. di padang pasir yang kering kontang tanpa manusia lain apabila mengetahui itu adalah perintah daripada Allah SWT kepada suaminya.

  • Nabi Ismail a.s. juga bersedia untuk disembelih tanpa sebarang dalih apabila menyedari mimpi ayahnya merupakan perintah daripada Allah SWT.

Sama-samalah kita menghayati falsafah korban ini khususnya dalam meningkatkan lagi ketaatan kepada perintah Allah SWT tanpa banyak alasan dan dalih, begitu juga dalam usaha kita mendukung arahan kepimpinan organisasi selagi ianya tidak bertentangan dengan peraturan dan polisi yang telah ditetapkan.

Akhirnya, falsafah korban ini sama-sama kita terjemahkan khususnya dalam meningkatkan profesionalisme tadbir urus korporat PMBK agar menjadi sebuah entiti korporat yang menatijahkan manfaat bersama kepada kerajaan dan rakyat negeri ini. Semoga ibadah korban yang bakal kita laksanakan diterima oleh Allah SWT. Insya-Allah.

 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446

 

Dato’ LSr. Dr. Haji Wan Muhd Aminuddin bin Wan Hussin
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini410
Kelmarin712
Minggu Ini5665
Bulan Ini6557
Keseluruhan495473

1
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2025 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search