A- A A+
             
     
             

Bazar Tok Guru

Bazar Tok Guru (BTG) ialah pasar yang terkenal yang terletak di Kota Bharu ibu negeri Kelantan Malaysia. BTG ini ditempatkan di atas tanah seluas 5.9 ekar iaitu tapak asal Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Tapak bagi BTG merangkumi keluasan 1.5 ekar sahaja, PMBK juga telah membantu menyediakan pemilikan lot niaga usahawan yang berada di BTG ini, sewa beli serendah RM250 sebulan selama 18 tahun tanpa sebarang caj ataupun faedah. Seramai 400 orang usahawan telah mendapat manfaat dari pakej berkenaan dan masih aktif menjalankan aktiviti perniagaan di BTG.

BTG adalah destinasi yang popular untuk penduduk tempatan dan pelancong kerana menawarkan pelbagai produk seperti pakaian tradisional, tekstil, batik dan kraftangan. Sebagai sebuah pusat, BTG juga merupakan sebuah tanda tempat budaya yang mencerminkan warisan dan tradisi kaya di Kelantan.

Bazaar Tok Guru merupakan bangunan 3 tingkat yang dibina untuk dijadikan ruang perniagaan yang mana mempunyai 856 lot-lot petak yang purata keluasan setiap lot petak adalah 80 kaki persegi sebagaimana maklumat berikut:

 

 Bil.  Tingkat Petak
 1.  Tingkat Bawah   353 Petak 
 2.  Tingkat Satu  255 Petak 
 3.  Tingkat Dua  248 Petak 
   Jumlah 856 Petak 

Lot-lot petak di tingkat bawah telah dipenuhi oleh peniaga-peniaga yang asalnya telah berniaga di Pasar Lama MPKB. Pelbagai barangan yang dijual oleh peniaga-peniaga tersebut termasuk pakaian, eksesori wanita, tudung, serta barangan kraftangan berasaskan Kelantan. Ini merupakan salah satu daya tarikan para pengunjung ke BTG.

 

     

Selain itu, BTG juga mempunyai kemudahan yang diperlukan seperti:

 

  •    Medan Selera

 

  •    Ruang Solat Yang Selesa

 

  •    Pengangkutan Lif

 

  •    Parkir di Tingkat Bawah Tanah dan Sekeliling

 

  •    Tandas Yang Bersih

 

Lot-lot ditawarkan untuk jualan dan sewaan pada kadar berikut:

 

 Tingkat   Keluasan/Petak   Harga/Petak   Sewa
 Tingkat 1   80 kaki persegi  RM 92,000.00  RM 600.00 
 Tingkat 2   80 kaki persegi  RM 84,000.00  RM 500.00

Walaubagaimanapun, harga jualan serta keluasan setiap lot petak boleh dibincangkan mengikut keperluan semasa dan mengikut kesesuaian.

KELEBIHAN BAZAR TOK GURU:

  •   Produk Traditional: Bazar ini menawarkan pelbagai produk tradisional Kelantan seperti songket, batik, kain tenun, dan kerajinan tangan yang unik.
  •   Jaminan Harga Berpatutan: Harga barang-barang di BTG biasanya lebih berpatutan dan mampu milik, menarik pembeli dari pelbagai latar belakang.
  •   Lokasi Strategik: Terletak di pusat bandar, BTG mudah diakses oleh penduduk tempatan dan pelancong, menjadikannya destinasi membeli-belah yang popular.
  •   Pelbagai Pilihan: Terdapat pelbagai jenis produk yang dijual di sini, dari pakaian hingga aksesori dan memberikan pilihan yang luas kepada pembeli.
  •   Sokongan kepada Usahawan Tempatan: Bazar ini menjadi platform bagi usahawan dan peniaga kecil tempatan untuk memasarkan produk mereka, membantu ekonomi setempat berkembang.
  •   Suasana Budaya: Pengunjung dapat merasai suasana budaya Kelantan yang kaya dengan tradisi dan kesenian, menjadikan lawatan ke bazar ini pengalaman yang berharga.

 

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pegawai Pemasaran BTG:
Izziani binti Zakaria (019-932 2295), Julia Aiza binti Othman (013-901 6532)

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini41
Kelmarin694
Minggu Ini4400
Bulan Ini19335
Keseluruhan352086

2
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search