A- A A+
             
     
             

Perkhidmatan Bekalan Air

AIR KELANTAN SDN. BHD. 

[PERKHIDMATAN BEKALAN AIR]

 

 

TARIKH PENUBUHAN 

9 Mac 1994 (sebelum ini dikenali sebagai Kelantan Water (Malaysia) Sdn. Bhd.)

11 Mei 1999 (mula dikenali sebagai

Air Kelantan Sdn. Bhd.)

NOMBOR PENDAFTARAN 

291969-M

ALAMAT 

Wisma Air Kelantan, Lot 188, Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, 15050 Kota Bharu, Kelantan

NOMBOR TELEFON 

09-743 7777

NOMBOR FAKSIMILI 

09-747 2030

E-MEL SYARIKAT 

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

LAMAN SESAWANG RASMI SYARIKAT 

www.airkelantan.com.my

 

NAMA KETUA JABATAN 

Izani bin Ismail

JAWATAN KETUA JABATAN 

Pengurus Besar

NOMBOR TELEFON  

019-983 4677

E-MEL KETUA JABATAN 

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan air di Kelantan melalui penubuhan syarikat usahasama milik bersama Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan Thames Water PLC yang diberi nama Kelantan Water (Malaysia) Sdn Bhd (KWSB) dengan pemilikan saham sebanyak 30% (YAKIN) & 70% (Thames Water) dalam KWSB.

KWSB mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1995 setelah mengambil alih semua tanggungjawab dari jabatan bekalan air. KWSB juga bertanggungjawab untuk mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuk mengeluarkan bil dan mengutip hasil serta memajukan keperluan penduduk negeri Kelantan.

Pada 29 April 1999, kerajaan negeri Kelantan telah membuat keputusan untuk membeli keseluruhan saham Thames Water PLC dalam KWSB iaitu 70% dan YAKIN 30% melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Nama KWSB telah ditukar kepada Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) setelah PMBK memiliki saham sepenuhnya 100% dalam AKSB..

Penstrukturan semula AKSB telah dibuat pada Disember 2007 dengan Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd (KUM) sebagai syarikat induk kepada AKSB dan beberapa anak syarikat yang lain. Manakala KUM pula merupakan anak syarikat kepada PMBK.

 

 

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini30
Kelmarin659
Minggu Ini689
Bulan Ini26295
Keseluruhan359046

4
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search