Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan ‘Hoarding’ Di Atas Lot 310, PT 266 & PT 274, Seksyen 22, Bandar Kota Bharu Kelantan Darul Naim
Rujukan : PMBK/PTD4/HTR8/21 (318)
Tarikh : 13 Zulkaedah 1446H Bersamaan 11hb Mei 2025
PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN
JABATAN MODAL INSAN DAN PENTADBIRAN
________________________________________
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
NO SEBUT HARGA: PMBK/PTD4/HTR8/21 (318)
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat/kontraktor yang berkelayakan dan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja sebagaimana berikut :- Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan ‘Hoarding’ Di Atas Lot 310, PT 266 & PT 274, Seksyen 22, Bandar Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Sesi taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada 18hb Mei 2025, Jam 10.00 pagi, bertempat di lokasi Lot 310, PT 266 & PT 274, Seksyen 22, Bandar Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Borang sebut harga boleh didapati semasa sesi taklimat dan lawatan tapak tersebut. Penyebut harga adalah diwajibkan menghadiri sesi taklimat. Hanya penyebut harga yang menyertai sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja layak menyertai tawaran sebut harga. Permohonan mendapatkan dokumen tawaran sebut harga adalah dengan kadar bayaran Ringgit Malaysia Tiga Puluh (RM30.00) sahaja. Dokumen sebut harga adalah tidak terhad namun PMBK berhak menolak mana-mana tawaran yang disifatkan gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan pada dokumen tawaran sebut harga tersebut. Dokumen tawaran yang dilengkapkan butir-butir sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat serta ditandakan No. rujukan sebut harga di sebelah kanan atas sampul surat dan dihantar ke dalam peti tender di pejabat PMBK, Tingkat 6 pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada 25hb Mei 2025. PMBK tidak terikat menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran. PMBK berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran tanpa menyata sebab di atas keputusan tersebut.
|
|
DOKUMEN WAJIB Syarikat yang menyertai tawaran sebut harga hendaklah menyediakan/melampirkan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dengan dokumen tawaran sebut harga :--
|
|
DOKUMEN SOKONGAN
|
|
JABATAN MODAL INSAN & PENTADBIRAN |