Pengenalan PMBK

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diperbadankan di bawah Enakmen Menteri Besar (Pemerbadanan) 1950 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan.
PMBK merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik kerajaan negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambil alih, memegang dan membangunkan aset strategik bagi pihak kerajaan negeri.
Dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab, PMBK mempunyai kumpulan yang ditubuhkan dalam pelbagai sektor demi memajukan ekonomi negeri Kelantan. Antaranya di dalam sektor perladangan, pertanian, bioteknologi, perkhidmatan, pembangunan infrastruktur, perbandaran, teknologi hijau, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.

PMBK didokong oleh sepuluh buah anak syarikat dan tiga syarikat usaha sama, antaranya PMBK Development Sdn. Bhd., Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd., Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd., PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd., Kifaalah Sdn. Bhd., Daulah Najah Sdn. Bhd., Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn. Bhd., Kelantan Ventures Sdn. Bhd., Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd., Air Kelantan Sdn. Bhd., Kel Intaaj Sdn. Bhd. Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan Sdn. Bhd., dan Akademi Pembangunan Insan Profesional Sdn. Bhd.
Berteraskan perkhidmatan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan dalam sistem pengurusan dan melaksanakan tanggungjawab serta memainkan peranan sebagai agensi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan profesional dan cemerlang kepada pihak berkepentingan dalam PMBK.
Selaras dengan moto, “Untung Dunia, Untung Akhirat” secara jelas meletakkan konsep takwa dalam setiap perancangan strategik PMBK bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang gemilang demi keselesaan rakyat negeri Kelantan.
Struktur Korporat

TERAS PERKHIDMATAN PMBK

UBUDIYYAH (PENGABDIAN)
|
Konsep ini berkaitan dengan soal Iman (Akidah), yakni merujuk kepada kedudukan manusia sebagai hamba Allah SWT yang diciptakan semata-mata untuk beribadat kepada-Nya. Ia memberi signifikan dari sudut sifat dirinya, tujuan hidupnya serta cara aktivitinya. |
MAS'ULIYYAH (KEBERTANGGUNGJAWABAN)
|
Konsep ini berkaitan dengan soal Amal (Syariat), yakni pertanggungjawaban (akauntibiliti) yang merujuk kepada sifat kerja seseorang yang berkaitan dengan kedudukan Allah SWT sebagai pemberi tanggungjawab. Segala kerja (tanggungjawab) akan dipersoalkan oleh Allah SWT untuk pengadilan. |
ITQAN (KESUNGGUHAN)
|
Konsep ini berkaitan dengan soal nilai (Akhlak), yakni merujuk kepada kualiti kerja yang boleh diterjemahkan sebagai ketekunan, komitmen dan kesungguhan serta disusuli dengan fokus dalam melakukan kerja. Ia juga bermaksud amal yang berterusan dengan tidak memberi ruang berlakunya penyelewengan atau sikap sambil lewa.
|
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Polisi Tiada Hadiah












