A- A A+
             
     
             

Berita

Taklimat Kesedaran Pengurusan Risiko

KOTA BHARU, 29 September - Pengurusan risiko dan implikasinya terhadap kemampuan melaksanakan fungsi dan objektif organisasi telah menjadi isu utama yang diberi penekanan pada hari ini. Pengurusan risiko tidak terhad kepada penyelarasan aktiviti bagi mengurangkan berlaku kerugian semata-mata, malah melibatkan integrasi di antara aktiviti, fokus dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh menghalang PMBK dari mencapai objektif dan dalam masa yang sama dapat mencipta, melindungi dan meningkatkan nilai pegangan dan pulangan pelaburan serta meningkatkan professional warga PMBK.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menyediakan sejumlah peruntukan dalam menghasilkan satu Garis Panduan Pengurusan Risiko PMBK dan aktviti aktiviti pembangunan kapasiti warga PMBK. Aktiviti pembangunan kapasiti seperti bengkel, taklimat, menghadiri latihan ini perlu dijalankan dengan berkesan supaya pembangunan profesional warga PMBK tetap dilaksanakan walaupun wujud gangguan yang ketidaktentuan luar jangka. Kemahiran mengurus risiko akan menyelaras pelan tindakan sebagai satu kawalan dalaman melalui tindakan pencegahan dan pemulihan bagi mengatasi masalah dan kelemahan yang dihadapi.

"Risiko dalam Bahasa mudahnya adalah merujuk kepada apa-apa yang menghalang PMBK dari mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ketidakpastian mengenai kesan atau implikasi mana-mana aktiviti sama ada dalaman atau luaran, disamping isu geopolitik, kelembapan ekonomi, perubahan dalam landskap politik dan apa-apa bentuk penularan wabak memerlukan pemahaman risiko baharu bagi mengukuhkan proses pengurusan risiko sedia ada di PMBK.

"Menurut Kamus Dewan, (DBP, 2002) risiko bermaksud kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian. Takrifan risiko banyak dikaitkan dengan ketidakpastian iaitu perihal yang tidak pasti. Risiko adalah ketidakpastian yang jika berlaku akan memberi kesan terhadap pencapaian objektif. Definisi ini sehaluan dengan takrifan MS ISO 31000:2018 yang menyatakan bahawa risiko adalah kesan ketidakpastian terhadap kemampuan organisasi mencapai objektifnya (MS ISO 31000:2018).

"Pelaksanaan Pengurusan Risiko di PMBK adalah berdasarkan kepada MS ISO 31000:2018.

"Kesan risiko terhadap pencapaian objektif organisasi boleh jadi kesan negatif dikenali sebagai ancaman ataupun kesan positif yang dikenali sebagai peluang. Risiko adalah penyebab utama ketidakpastian dalam organisasi. Risiko juga menyebabkan kebarangkalian berlakunya kerosakan, kecederaan, kerugian atau kejadian negatif akibat kelemahan dalaman atau luaran organisasi yang boleh ditangani melalui perancangan awal. Dalam konteks ini, risiko merujuk kepada halangan atau cabaran yang boleh mengganggu keupayaan penyampaian perkhidmatan secara berkesan terutamanya berkaitan pencapaian visi dan misi yang ditetapkan. Visi PMBK adalah “Menjadi agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik kerajaan negeri yang berprestasi tinggi dan berwibawa". Visi ini boleh dicapai jika risiko dapat diuruskan secara bersepadu melalui aktiviti mengenal pasti, menganalisis, menilai dan merawat risiko. Oleh yang demikian, PMBK perlu memastikan semua warga PMBK memahami dan menjalankan tanggungjawab masing-masing supaya misi dan visi tercapai.

"Menyedari kepentingan pengurusan risiko di PMBK, maka PMBK telah menjalankan Bengkel Pengurusan Risiko kepada Kumpulan Pengurusan PMBK pada 7 dan 8 Jun 2022 dan menjalankan Taklimat Kesedaran Pengurusan Risiko – “Mengurus Risiko Tanggungjawab Kita” pada 28 September 2022. Taklimat kesedaran pengurusan risiko ini disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK bersama Unit Pengurusan Risiko PMBK. Dalam Bengkel Pengurusan Risiko dan Taklimat Kesedaran Pengurusan Risiko, semua warga kerja PMBK diberikan penjelasan mengenai Polisi Pengurusan Risiko dan Rangka Kerja Pengurusan PMBK.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini742
Kelmarin694
Minggu Ini5101
Bulan Ini20036
Keseluruhan352787

5
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search