A- A A+
             
     
             

Berita

Perasmian Pembangunan Rancangan Kawasan Khas, Bandar Dato' Bentara Gua Musang

GUA MUSANG, 18 Mei 2023 - Satu Majlis Perasmian Pembangunan Rancangan Kawasan Khas, Bandar Dato' Bentara Gua Musang serta Pusat Pengumpulan & Pemprosesan Biojisim Kelapa Sawit telah dirasmikan oleh YAB. Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Projek Pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Dato’ Bentara Gua Musang, Kelantan ini bermula dengan penyediaan secara dalaman yang disediakan oleh PLANMalaysia@Kelantan pada tahun 2020 atas arahan Kerajaan Negeri. RKK ini telah siap disediakan mengikut keperluan peruntukan Seksyen 16B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan telah diwartakan pada 7 Julai 2022 dengan No. Warta GN 1047. RKK ini dijangka dapat menarik pelabur sekaligus merancakkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan Panggong Lalat Gua Musang.

Pembangunan Bandar Dato’ Bentara melalui usahasama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Nextgreen Global Berhad (NGGB) ini adalah satu pendekatan berasaskan Kepimpinan Manusiawi yang diambil bagi memastikan setiap rakyat dapat menikmati keselesaan dan kemakmuran hidup. Melalui pendekatan ini, Kerajaan Negeri dapat memastikan pembangunan infrastruktur dan utiliti yang lengkap untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat dan usahasama yang dijalinkan ini adalah bersesuaian dengan matlamat PMBK dan halatuju negeri untuk membangunkan ekonomi Kelantan. Bandar Dato’ Bentara yang bakal siap menjelang tahun 2035 ini mampu menyediakan rumah mampu milik kepada 4,000 keluarga serta perumahan sederhana dan dusun kepada 4,340 keluarga. Selain itu, sebanyak 5,000 peluang pekerjaan akan dapat dijana melalui pembangunan pusat pengumpulan dan pemprosesan biojisim kelapa sawit, kilang makanan haiwan, kilang baja dan kilang pulpa.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini764
Kelmarin694
Minggu Ini5123
Bulan Ini20058
Keseluruhan352809

3
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search