LAWATAN KERJA: SESI PERKONGSIAN ILMU DI ANTARA UNIT AUDIT DALAM MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS) DENGAN JABATAN AUDIT DALAMAN PEBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN (PMBK)
Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Perbadanan Menteri Besar Kelantan pada 21 September 2023.
Objektif lawatan adalah sebagai titik permulaan perkenalan dan perkongsian ilmu, pengalaman serta pencapaian Jawatankuasa Audit Lembaga Penasihat (JALP)/Jabatan Audit Dalaman (JAD) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Lawatan kerja ini telah dihadiri oleh sebelas (11) warga kerja MUIS dan lapan (8) orang warga kerja PMBK yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (KPEK) PMBK dan telah diadakan di Dewan Sri Kantan, Hotel Perdana, Kota Bharu pada jam 9.45 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Deligasi MUIS diketuai oleh Datuk Hj. Mohd. Dandan @ Ame B. Haji Alidin. Majlis dimulakan dengan ucapan sesi suai kenal serta kata alu-aluan oleh Hj. Abdul Rashid Bin. Mohd Yusoff selaku KPEK PMBK. Seterusnya pembentangan bagi sesi perkongsian ilmu telah dikendalikan oleh Puan Hajah Nik Aida Bt. Nik Mohamed selaku Pengurus Kanan Audit Dalaman Kumpulan (PKADK) PMBK.