A- A A+
             
     
             

Berita

Program Perkongsian Ilmu Oleh Jabatan Undang-Undang Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bagi Tahun 2024

22 Ogos 2024, Kota Bharu - Sebagai kesinambungan siri Program Perkongsian Ilmu Jabatan Undang-Undang PMBK (“JUU”), satu (1) lagi program telah diadakan oleh PMBK pada 22 Ogos 2024 yang bertajuk Pengurusan Kutipan Hutang dan Penguatkuasaan Menurut Undang-Undang. Program ini yang diadakan di Bilik Latihan Rafflesia, Bangunan PMBK telah disampaikan oleh YBrs Puan Noor Hamiza binti Ab Hamid, Peguambela dan Peguamcara daripada Tetuan Abdul Razak Muhidin & Associates yang merupakan salah seorang peguam panel PMBK. Program kali ini disertai oleh 30 orang peserta daripada kalangan warga kerja PMBK dan syarikat-syarikat Kumpulan PMBK.

Objektif program kali ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang pengurusan kutipan hutang menurut undang-undang, memberikan kefahaman kepada peserta tentang prosedur penguatkuasaan kutipan hutang dan perkongsian berhubung isu-isu dalam tuntutan kutipan hutang di mahkamah.

Program yang berlangsung selama hampir 2 jam bermula dari jam 09.30 pagi ini dikendalikan secara interaksi dua hala. Ia ternyata dapat menarik minat serta perhatian para peserta dalam memahami pengurusan kutipan hutang termasuk prosedur yang berkaitan dan isu-isu semasa. Ia diharap dapat menjadi panduan kepada para peserta dalam melaksanakan tugas seharian.

Dengan inisiatif penganjuran program sebegini, JUU berharap peserta dapat mengaplikasikan perkongsian yang telah dibuat dalam setiap program dan khususnya untuk kali ini mengenai kutipan hutang dari sudut perundangan untuk menambah baik gerak kerja masing-masing bagi menjaga kepentingan PMBK dan Kumpulan serta menangani risiko-risiko perundangan.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini456
Kelmarin694
Minggu Ini4815
Bulan Ini19750
Keseluruhan352501

4
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search