A- A A+
             
     
             

Berita

“Hiking Go Green” JKKP PMBK Tahun 2024

05 September 2024, Tanah Merah - Menurut kajian, 90 minit melakukan aktiviti mendaki bukit atau gunung dan meluangkan masa bersama alam semula jadi dapat mengurangkan masalah depresi. Malah, secara tidak langsung dapat menambah kecergasan dan mencetuskan emosi positif.

Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2024 bertemakan "Tanah Kita, Masa Depan Kita", Unit Kesihatan & Alam Sekitar (UKAS) di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) PMBK telah mengadakan program Hiking Go Green JKKP PMBK 2024 pada 01 Rabiulawal 1446 bersamaan 05 September 2024 di Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan.

Di samping meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan warga kerja PMBK, program ini juga bertujuan untuk memupuk rasa tanggungjawab bagi memastikan alam sekitar kekal terpelihara. Oleh itu, pertandingan kutipan sampah terbanyak turut diadakan sepanjang aktiviti hiking bagi menggalakkan penyertaan oleh 65 orang warga kerja PMBK dengan jumlah kutipan sampah hampir 50kg.

PAUTAN LUAR

PAUTAN AGENSI

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Tingkat 6, Bangunan PMBK Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
15050, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

T (+609) 747 4082
F (+609) 747 7815

Email: admin[at]pmbk.gov.my 

PENGUNJUNG

Hari Ini58
Kelmarin659
Minggu Ini717
Bulan Ini26323
Keseluruhan359074

3
Online

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

 

PENAFIAN: Pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 X 800.

 
 
© Copyright 2024 Perbadanan Menteri Besar Kelantan. All Rights Reserved.

Search