Page 49 - index
P. 49
Mercu tanda
Kebersihan
Di dalam kandungan perancangan strategik MMBI telah
dirumuskan dalam tujuh aspek mercu tanda (Teras
Kejayaan) dasar Membangun Bersama Islam. Ia telah
dimasukkan berpandukan orientasi matlamat MMBI.
1. Amalan kebersihan Solat
2. Menyempurnakan solat
3. Pembangunan pendidikan
4. Menyuburkan kebudayaan dan kesenian
5. Menangani gejala sosial
6. Menerajui pembangunan ekonomi sosial
7. Penyelidikan dan penilaian
Ketujuh-tujuh aspek dimuatkan dalam peta pelan
strategik dengan memperincikan objektif dan Petunjuk Pendidikan
Prestasi Utama (KPI) yang harus dicapai berasaskan
penetapan program/projek/aktiviti. Pelaksanaannya
melibatkan komitmen agensi pelaksana sebagai PIC Kebudayaan & kesenian
(Person in Charge) dengan sasaran pencapaian dalam
tempoh 2014-2018.
Kesemua maklumat pelan strategik MMBI dijelaskan
sebagaimana butiran dalam setiap mercu tanda (teras
kejayaan) daripada kandungan peta pelan strategik.
Dalam penulisan ini, setiap mercu tanda dinyatakan
KPI objektif dan program/projek/aktiviti yang diputus-
kan yang perlu dilaksanakan ke arah memenuhi petun- Keselamatan
juk pencapaian penting dasar MMBI negeri Kelantan.
Penutup
Memandangkan pelaksanaan strategi MMBI ini masih
dianggap baru berbanding dasar induknya Membangun
Bersama Islam, maka kerjasama dan komitmen bersa-
ma pihak yang terbabit amatlah penting. Keutamaan-
nya adalah setiap agensi pelaksana seperti tertera
dalam pelan strategik bagi ketujuh-tujuh teras penca-
paian MMBI akan diambil tanggungjawab secara
serius.
Ia merupakan suatu cabaran kerana kejayaannya amat
bergantung kepada kesungguhan bersifat political will
dalam memastikan kebersamaan semua pihak ke arah Pembangunan ekonomi
mencapai matlamat dasar ini, iaitu keberkatan,
kemakmuran dan kebajikan kepada semua rakyat
Kelantan.
Penyelidikan
49
Official Corporate Magazine | QIADAH 49
MAJALAH KORPORAT PMBK | QIADAH