Page 51 - index
P. 51

























Maka Menteri Besar Kelantan mula menerapkan
sebuah visi yang jauh ke hadapan agar masalah ini di-
tangani secara pentadbiran dan sistematik, justeru
unit SPARK ini digagaskan.
Selepas penubuhan SPARK, pihak pengurusan telah
mewujudkan dua bahagian dalam unit ini yang me-
rangkumi empat seksyen iaitu:

i. Bahagian Pemantauan:
1. Seksyen Dasar dan Perundangan
2. Seksyen Analisa Strategik dan Sumber
ii. Bahagian Pelaksanaan Strategik
3. Seksyen Pentadbiran Awam dan Kewangan
4. Seksyen Ekonomi dan Pelaburan

Seksyen Dasar dan Perundangan
• Mengkaji semula dasar-dasar kerajaan negeri untuk
penambahbaikan dan mencadangkan dasar-dasar ser-
ta pendekatan baru yang bersesuaian seperti Dasar
Merakyatkan Membangun Bersama Islam (MMBI)
telah diperincikan melalui Pelan Strategik Kelantan
Melangkah Ke Hadapan: Keberkatan, Kemakmuran,
Kebajikan.

• Meneliti cadangan Akta Parlimen yang ada hubung
kait dengan kepentingan negeri seperti Akta Kerajaan
Tempatan 1976 dan meneliti Enakmen Negeri yang
sedia ada untuk tujuan penambahbaikan serta menca-
dangkan Enakmen baru yang bersesuaian, seperti
Enakmen Yayasan Amanah Tok Kenali 2015 serta ca-
dangan Rang Undang-Undang Sumber Air Kelantan
2017, Cadangan Rang Undang-Undang Hibah
Kelantan 2017 dan cadangan Rang Undang-Undang
Kanun Jenayah Syariah 2017.

• Menjaga kepentingan kerajaan, agensi kerajaan dan
syarikat kerajaan melalui penelitian terhadap semua
draf perjanjian yang bakal ditandatangani termasuk-
lah semakan semula perjanjian yang telah ditandata-
ngani bagi menyelesaikan isu berbangkit.

• Membuat semakan dalam aspek perundangan bagi
beberapa perancangan infrastruktur dan utiliti seperti
pengurusan koridor utiliti, pelesenan industri ICT,
permit operasi menara telekomunikasi dan papan
iklan (billboard).


MAJALAH KORPORAT PMBK| QIADAH 51
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56