Page 50 - index
P. 50
Variasi
Oleh: Abu Al-Farouq
Kira-kira sepuluh bulan selepas Pilihan Raya Umum
(PRU) ke-13, Menteri Besar Kelantan yang baharu
telah mengumumkan penubuhan Unit Pemantauan
dan Pelaksanaan Strategik Pejabat Menteri Besar
Kelantan (SPARK) sebagai tanda penekanan beliau
terhadap kemajuan pentadbiran negeri Kelantan.
Pejabat Menteri Besar Kelantan merupakan satu-satu-
nya Pejabat Menteri Besar yang mempunyai unit se-
umpama ini.
Ia ditubuhkan kesan daripada pemerhatian sebelum
ini iaitu:
• Banyak perjanjian yang dimasuki oleh kerajaan
negeri, agensi kerajaan negeri, Badan Berkanun
Negeri atau perbadanan negeri yang kurang
menyebelahi pihak kerajaan dan sangat menyebelahi
pihak swasta;
• Banyak dasar kerajaan negeri yang diumumkan
yang amat baik dari segi konsepnya namun tidak di-
terjemahkan ke dalam bentuk Pelan Strategik
Pelaksanaan yang jitu dan lengkap dengan penetapan
Tahun Sasaran Pencapaian;
• Banyak enakmen negeri sudah terlalu lama usianya
yang perlu diberi nafas baru sesuai dengan perkem-
bangan semasa;
• Banyak sumber hasil yang tidak dioptimakan, serta
banyak ruang bagi mewujudkan sumber hasil yang
baru;
• Banyak perancangan portfolio Majlis Mesyuarat
Kerajaan (MMK) yang diumumkan tetapi kehilangan
fokus kerana tidak dipantau secara dekat;
• Banyak maklumat yang berlegar tetapi tidak dikum-
pulkan secara berpusat dan tidak diolah menjadi mak-
lumat strategik;
• Banyak maklumat ekonomi, kewangan dan pelabu-
ran dikeluarkan oleh Bank Negara, Unit Perancang
Ekonomi, Kementerian Kewangan dan lain-lainnya
tetapi tidak dianalisa dan dijadikan bermanfaat untuk
perancangan negeri.
50 MAJALAH KORPORAT PMBK | QIADAH