Page 67 - index
P. 67



untuk dibangunkan, namun sehingga sekarang hanya
716 ekar dimajukan. Lebih 259 ekar sudah dibangun-
kan dengan bangunan-bangunan perniagaan.
“Tanah di Lembah Sireh diberi secara pajakan kepada
syarikat terbabit, di mana sebahagian besar sebelum
ini berada dalam air. Kerajaan negeri juga mem-
perolehi pulangan awal sejumlah RM46 juta daripada
projek pembangunan Lembah Sireh,” katanya.
Selain itu, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar
Raya Islam (MPKB-BRI) setiap tahun mendapat ba-
yaran cukai pintu lebih RM906,000.

Menteri Besar juga menjelaskan imbuhan yang di-
perolehi oleh kerajaan negeri agak tinggi biarpun
modal tidak pernah dikeluarkan untuk membangun-
kan kawasan berkenaan. Kerajaan negeri hanya
menyediakan tanah dalam bentuk pajakan. Projek
pembangunan di situ mendapat kelulusan Laporan
Kesan Alam Sekitar (EIA) dan MPKB-BRI pada tahun
2006. Pelan projek pembangunannya bermula pada
tahun 2007 hingga 2019.
Cabaran dan harapan

Kewujudan Bandar Baharu Lembah Sireh yang kini
menjadi kebanggaan rakyat Kelantan tidak sunyi ber-
depan pelbagai kritikan dan cemuhan pada peringkat
awalnya.

Ada pihak membuat tuduhan tanpa asas terutamanya
setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum. Malah ada
NGO yang dikenali sebagai Ombak membuat laporan
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
mendesak supaya menyiasat kelewatan pembangu-
nan kawasan berkenaan.
“Kaedah yang dilakukan kerajaan negeri dalam setiap
projek pembangunan mengikut saluran undang-un-
dang,” kata Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Taki-
yuddin Hassan.

Oleh itu pihak berkuasa merumuskan tiada penyele-
wengan dalam projek Lembah Sireh. Pembangunan
Lembah Sireh seumpama satu mimpi yang menjelma
menjadi kenyataan. Kisah di sebalik panorama
Lembah Sireh bukan sahaja dicatat di helaian akhbar,
majalah atau media elektronik sebaliknya menjadi
subjek kajian akademik.








B AN D AR B A H AR U












MAJALAH KORPORAT RASMI | QIADAH 67
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72