Page 62 - index
P. 62
Falsafah sederhana ini pula memberi teladan tentang
bagaimana kuat dan indahnya kebersamaan dalam
hidup. Seperti sotong yang mahal harganya, hendak
dimakan sedikit, tidak kenyang. Jika mahu diratah
begitu sahaja, sayang. Molek jika beras pulut yang
sedikit murah disumbat ke dalam perut sotong, apabi-
la makan insya-Allah kenyang. Sotong yang asalnya
lauk sudah bertukar menjadi kuih apabila diaduk
dengan beras pulut. Itulah nikmat yang tidak terperi
apabila hidup saling melengkapi.
Bagi memperincikan lagi maksud terpendam, perlam-
bangan ketulusan hati budi dipancarkan melalui ikon
warna putih beras pulut yang dibasuh bersih dan
direndam seketika di dalam santan cair dan secubit
garam (bagi menambahkan kelemakan rasa ketupat)
serta ditoskan. Kemudian masukkan ke dalam perut
2 sotong itu sebanyak 3/4 daripada isipadu badannya
sahaja agar ketupat yang terhasil lembut dan serata
masak. Tidak perlu penuh bagi mengelak pulut mem-
buak. Itulah ibrah keikhlasan bergotong-royong tanpa
3 riak.
Tidak perlu dipotong leraian kepala sotong berjanggut
panjang (tentakel) tetapi giginya berbentuk bulat di
tengah-tengah di dalam sesungut perlu dibuang. Bagi
mengemaskan rupa bentuk Ketupat Sotong ini, sesu-
ngut yang panjang terlebih dahulu dimasukkan ke
dalam perut berinti tiga per empat beras pulut, kemu-
dian masukkan belakang kepalanya hingga tidak
nampak matanya dan seterusnya cucukkan dengan
lidi pencungkil gigi di pangkal sesungut tersebut dan
pastikan kepala sotong itu kemas dicucuk. Sila berha-
ti-hati ketika mencucuk lidi supaya tidak terkena pada
mata sotong itu atau ia kelihatan hodoh kehitaman
ataupun berserabut akibat kepala dan janggut sotong
tercabut.
Barangkali ada segelintir yang tidak menggemari
makanan ini kerana ia kelihatan janggal dan tidak
masuk akal. Masakan tidak, makanan laut yakni sepu-
luh ekor sotong yang lazimnya menjadi lauk diserasi-
kan dengan makanan darat berupa setengah cupak
beras pulut, dua kilogram santan pekat, 3 keping
manisan (nisse kerek), 4 helai daun pandan dan secu-
bit garam berkolaborasi menjadi resipi luar duga yang
sangat umph! Nah, inilah hakikat kemanisan to-
long-menolong yang saling memberi untung.
Resipi yang limpah falsafah bermula dengan pemilihan
sotong yang bersaiz sederhana besar dan segar yang
dileraikan kepala dengan badan dan dibasuh bersih
serta ditoskan ini melambangkan ketawadukan dan
kesederhanaan adalah niat awal ketika mahu mem-
bantu amat dititik beratkan kerana jika diambil sambil
lewa sahaja aktiviti tolong-menolong tidak menjadi
tulus ikhlas seperti saranan Ilahi. Samalah jika diambil
yang kecil apabila dimasak sotong itu akan mengecut
dan jika tidak segar badannya akan pecah akibat
pengembangan pulut. Begitulah wasatiah yang ditun-
tut. 4
62 MAJALAH KORPORAT RASMI | QIADAH