Page 90 - index
P. 90
Aktiviti PMBK
Program Pemukiman
Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan dan Pemimpin
Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Rakyat
Oleh: Siti Norazami Mohamed Anuar
Foto: Ahmad Na’ime Muhammad
Selain daripada penyampaian sumbangan, program
ini turut diserikan lagi dengan ziarah rumah rakyat, la-
watan kerja di tempat terpilih, Majlis Bersama
Pimpinan Masyarakat Setempat, solat Zuhur ber-
jemaah bersama rakyat serta menyantuni anak muda
dan beliawanis di parlimen berkenaan.
Antara agensi yang terlibat sepanjang program ini
ialah Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan
Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Urus Setia
Pembangunan Insan Belia, Sukan dan NGO, Urus
Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan
serta Pejabat Agama setiap parlimen.
. Bermula 09 Mac 2017, sebanyak empat parlimen telah
terlibat iaitu Ketereh, Machang, Pasir Puteh dan
Tumpat. 50 keluarga menerima sumbangan di parli-
men Ketereh, parlimen Machang melibatkan 75 ke-
luarga, parlimen Pasir Puteh pula seramai 50 keluar-
ga, parlimen Tumpat melibatkan 50 keluarga dan par-
limen Jeli sebanyak 50 keluarga. Bagi parlimen Rantau
Panjang, Bachok, Kubang Kerian, Gua Musang dan
Pengkalan Chepa pula akan diadakan dalam masa ter-
dekat.
Bagi merealisasikan hasrat pemimpin bersama rakyat,
kerajaan negeri Kelantan telah menganjurkan satu
Program Pemukiman Ustaz Dato’ Bentara Kanan
Menteri Besar Kelantan dan Pemimpin Kerajaan
Negeri Bersama Rakyat yang melibatkan semua parli-
men di Kelantan.
Secara umumnya, pemimpin kerajaan negeri perlu
memainkan peranan untuk menjaga kepentingan dan
kebajikan rakyat. Melalui program ini, ia dapat mewu-
judkan satu hubungan silaturahim antara pemimpin .
dan rakyat. Segala permasalahan yang timbul dalam
kalangan rakyat akan dapat ditangani dan sekali gus
rakyat berpeluang berinteraksi secara langsung
dengan pemimpin.
Di samping itu juga, program sebegini dapat mening-
katkan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan kera-
jaan negeri yang berkonsepkan “Merakyatkan Mem-
bangun Bersama Islam”. Konsep merakyatkan ini
adalah suatu perancangan program bersepadu bagi
memastikan cara hidup warga Kelantan bertambah
mantap berpandukan tiga prinsip hidup beragama
iaitu Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan.
90 MAJALAH KORPORAT PMBK | QIADAH