Page 86 - index
P. 86

Aktiviti PMBK

Gimik perasmian disempurnakan
oleh Menteri Besar Kelantan.















































Oleh: Siti Norazami Mohd Anuar
Foto: Ahmad Na’ime Muhammad
Dasar Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) adalah
untuk menyediakan dan menawarkan jenis-jenis
rumah yang mampu dimiliki, mencukupi, berkualiti,
berdaya huni dan berlandaskan ciri-ciri Islam demi ke-
selesaan dan kesejahteraan rakyat. Dasar ini menjadi
satu garis panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri
(PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi-agensi
teknikal dan pemaju dalam merancang dan mengawal
pembangunan projek-projek kemajuan Perumahan
Mampu Milik di negeri Kelantan serta menjadi asas
dan teras dalam pelaksanaan program RMMK.

Kerajaan negeri Kelantan dalam tempoh 5 tahun akan
memberi penekanan kepada pembangunan Rumah
Mampu Milik Kelantan di mana ‘Satu Keluarga Satu
Rumah’ yang merupakan satu slogan digunakan se-
bagai penggerak ke arah memastikan setiap lapisan
rakyat di negeri ini memiliki rumah kediaman sendiri.

Dalam merealisasikan dasar tersebut, kerajaan telah
memberi tanggungjawab kepada Perbadanan Menteri
Besar Kelantan (PMBK) melalui anak syarikatnya iaitu
PMBK Development Sdn. Bhd. untuk melaksanakan
projek RMMK di atas tanah kerajaan seluas 5.38 ekar
di Mukim Meranti, jajahan Pasir Mas, Kelantan. Antara tetamu/jemputan yang turut hadir.

86 MAJALAH KORPORAT PMBK | QIADAH
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91