Air Mineral Semulajadi
Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. |
ALAMAT
Lot PT 4279A, Jalan Padang Tembak
Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa
Mukim Panchor, Kemumin
16100 Kota Bharu, Kelantan
Tel: 09-773 1155 Faks: 09-773 1155
LAMAN WEB
www.sihhatafiat.com.my
FUNGSI/TUJUAN
Sihhat-Afiat Sdn Bhd (Sihhat) ditubuhkan pada Disember 2007 dan merupakan syarikat uasahasama yang dimiliki 49% oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Dalam usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk mempelbagaikan produk tempatan, Sihhat secara inisiatif sendiri telah membangunkan industrian air mineral semulajadi tempatan. Fungsi utama Sihhat adalah sebagai pengeluar utama dan menjalankan perniagaan air mineral semulajadi di Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.
Produk air mineral semulajadi berjenama Eau Choice:
Eau Choice merupakan produk air mineral semulajadi pertama di negeri Kelantan. Air ini kaya dengan kandungan mineral pepejal yang sangat tinggi merangkumi vitamin, silikon, kalsium, potasium dan sodium yang kesemuanya sangat seimbang.