Page 15 - index
P. 15



menambahkan keyakinan rakyat, pegawai tadbir dan pihak awam
kepada keupayaan kepimpinan kerajaan negeri Kelantan pada zaman
beliau. Sesuai dengan itu, usaha mendekatkan Kelantan dengan ke-
rajaan negeri-negeri lain dan warga Kelantan yang bekerja di luar negeri
juga telah dilakukan dengan lebih meluas. Dengan itu diwujudkan
Portfolio Hubungan Seranta bagi membolehkan penyaluran maklumat
kerajaan negeri dipercepatkan menerusi pusat-pusat aktiviti Kelantan di
luar negeri.
Memperkukuhkan 3K juga telah diimbangkan dengan idea-idea dan usa-
ha-usaha baharu. Oleh yang demikian, beliau turut mengumumkan pe-
nubuhan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri (MPEN) bagi mengumpul
kepakaran dan idea bernas untuk membantu pembangunan ekonomi
negeri mendepani cabaran. Ia merupakan satu pendekatan baharu yang
dikira lebih mesra dan produktif. Dengan demikian, kepimpinan baharu
kini diberi peranan dan tanggungjawab mempengerusikan GLC yang
sesuai dengan portfolio yang dipegang bagi menggerakkan pembangu-
nan wilayah dan tempatan secara bersama.

Ustaz Dato’ Bentara Kanan amat prihatin terhadap isu-isu integriti yang
melibatkan ahli EXCO dan pegawai kerajaan. Sehubungan dengan itu,
pengisytiharan harta dalam kalangan ahli EXCO dipersetujui sebagai
melaksanakan pelan integriti pimpinan. Ia merupakan satu langkah
positif demi meningkatkan budaya pentadbiran yang menghayati dan
mengamalkan prinsip Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan dalam semua
urusan hidup, kebertanggungjawaban dan profesionalisme yang meru-
pakan teras pentadbiran “Merakyatkan Membangun Bersama Islam”.

Beliau sebagai Menteri Besar sentiasa mengingatkan bahawa usaha
untuk membangunkan Negeri Serambi Mekah ini adalah usaha yang
bersepadu untuk mencapai pembangunan; iaitu pembangunan
untuk kepentingan dunia dan kepentingan akhirat. Maka hasil
nya dibuat penilaian secara bersama yang sudah tentu tidak
boleh dinilai untuk kepentingan dunia sahaja. Jika dinilai
secara bersama, nescaya hasilnya sangat membanggakan.
Dengan demikian, kejayaan demi kejayaan terlakar dalam
arus pentadbiran kerajaan negeri melalui agenda pemba-
ngunan rakyat, pembentukan generasi anak muda berka-
liber, pendidikan wanita Kelantan yang berketerampilan
dan gabungan usaha sama NGO-NGO dibawah naungan
kerajaan negeri.
Tidak syak lagi, kepimpinan sekarang dibawah tadbir
urus Ustaz Dato’ Bentara Kanan telah mewarisi ke-
pimpinan terdahulu yang sangat sesuai dalam segala
gerak kerjanya untuk meneruskan pembangunan negeri
ini mengikut panduan syariat Islam. Maka menjadi tang-
gungjawab rakyat di negeri ini untuk istiqamah memberi
dukungan dan kepatuhan yang tidak berbelah bahagi.



















MAJALAH KORPORAT PMBK | QIADAH 15
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20