Page 56 - index
P. 56



Keluarga Ulama

Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz mengetuai Majlis
Syura Ulama ketika berada di kerusi Menteri Besar.
Legasi itu diikuti oleh Ustaz Ahmad yang juga dilantik
sebagai Timbalan Musyidul Am selepas ketiadaan Tok
Guru. Kedua-duanya berasal daripada keluarga ulama
di mana bapa Ustaz Ahmad merupakan pengasas
Pondok Berangan, Tumpat.
Tok Guru Haji Yakob Ishak berasal dari Kampung
Kelong, Tumpat sebelum berhijrah ke Kampung
Berangan. Ustaz Ahmad merupakan anak kedua, dila-
hirkan pada 1 Februari 1950. Hasil perkongsian hidup
dengan Che Zainab Che Hussin, 87 mereka dikurnia-
kan tujuh orang anak.

“Saya pun tidak menjangka dinamakan sebagai peng-
ganti Tok Guru kerana masih ada orang lain yang lebih
layak. Saya juga tidak pernah mengimpikan jawatan
ini. Ketika itu saya mencadangkan Tok Guru untuk
pilih sesiapa sahaja dalam kalangan rakan-rakan
pimpinan kerana semuanya mampu untuk menerus-
kan asas yang ditinggalkan Tok Guru,” ujarnya.

Walaupun Tok Guru sudah tiada lagi, namun visi dan
misi yang digembleng sejak dahulu tidak pernah ter-
henti. Malah terus disuburkan dengan pendekatan
yang berpaut kukuh di bawah payung Membangun
Bersama Islam (MBI). Tumpuannya sekarang berusa-
ha merakyatkan dasar MBI. Beliau tidak mahu tema
MBI berlingkar dalam kalangan pentadbir sahaja.
Prinsip Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan perlu dirak-
yatkan ke peringkat akar umbi.










































56 MAJALAH KORPORAT PMBK | QIADAH
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61