Banner Article 01

Family Gathering Kelab Mahabbah PMBK 17/18
Tumpat, 22 Jamadil Akhir 1439H bersamaan 10 Mac 2018

DSC 6213Kelab Mahabbah PMBK telah menganjurkan program sehari bersama keluarga yang dinamakan Family Gathering. Acara tahunan ini diadakan bertempat di D’geting Beach Resort, Tumpat bermula dengan sesi pendaftaran seawal 8.30 pagi dan diteruskan dengan sesi sarapan pagi.

Program ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Abd Rashid Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK dan dihadiri oleh kira-kira 150 orang, terdiri daripada warga kerja dan ahli keluarga.Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli dan keluarga. 

Program yang berkonsepkan santai ini turut diisi dengan usrah yang dipimpin oleh Ustaz Saibon Ismail. Acara diteruskan dengan sesi sukaneka yang disertai oleh warga kerja dan keluarga dan acara kemuncak iaitu sesi penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka.

Program berakhir pada pukul 2.00 petang diakhiri dengan sesi makan tengahari bersama keluarga.

family gathering 2018

Kumpulan PMBK

01b 02b AiPROa 04b KGTSBa 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa16b