bangunan.pmbk

Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah diperbadankan di bawah Enakmen Menteri Besar (Perbadanan) 1950 yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan.

PMBK merupakan sebuah agensi korporat dan peneraju pelaburan strategik kerajaan negeri Kelantan yang berprestasi tinggi dan berwibawa. Ia berperanan untuk mengambil alih, memegang dan membangunkan aset strategik bagi pihak kerajaan negeri.

Dalam menjalankan amanah dan tanggung-jawab, PMBK mempunyai kumpulan yang ditubuhkan dalam pelbagai sektor demi memajukan ekonomi negeri Kelantan. Antaranya di dalam sektor perladangan, pertanian, bioteknologi, latihan, pembangunan infrastruktur, perbandaran, perniagaan dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.

PMBK didokong oleh 11 buah anak syarikat, antaranya PMBK Sawit Sdn. Bhd., PMBK Development Sdn. Bhd., PMBK Az-zahab Sdn. Bhd., Kifaalah Sdn. Bhd., Kelantan Gold Trade Sdn. Bhd., Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd., Air Kelantan Sdn. Bhd., Majaari Services Sdn. Bhd., Sihhat-Afiat Sdn. Bhd.,  Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd dan Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn. Bhd.

Berteraskan perkhidmatan Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan dalam sistem pengurusan dan melaksanakan tanggungjawab serta memainkan peranan sebagai agensi yang boleh dicontohi dengan memberikan perkhidmatan professional dan cemerlang kepada pihak berkepentingan dalam PMBK.

Selaras dengan moto, “Untung Dunia, Untung Akhirat” secara jelas meletakkan konsep takwa dalam setiap perancangan strategik PMBK bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang gemilang demi keselesaan rakyat negeri Kelantan.

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa