banner.btg.16.10

Bazar Tok Guru & Kebanggaan Kota Bharu, Bandaraya Islam

Bazar Tok Guru (BTG) merupakan mercu tanda terkini di Kota Bharu. Pembangunan ini ditempatkan di atas tanah seluas 5.9 ekar iaitu tapak asal Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Namun begitu tapak bagi Bazar Tok Guru merangkumi keluasan 1.5 ekar sahaja. Tanah selebihnya diperuntukkan bagi pembangunan bercampur merangkumi hotel, pangsapuri dan premis perniagaan. Konsep rekabentuk BTG bercirikan senibina Islam yang diambil daripada elemen rekabentuk masjid di Mekah dan Madinah di antaranya ialah rekabentuk kubah dan gerbang masuk yang diambil daripada Masjid Nabawi. Bazar Tok Guru dibangunkan dengan impian untuk dimartabatkan sebagai mercu tanda bagi bandar Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan. Malah Bazar Tok Guru ini merupakan bazar yang paling besar dan luas di Kelantan, serta penampilan konsep grand bazaar yang berada di tengah-tengah pusat bandar raya Kota Bharu. Bagi memastikan bazar ini dikategorikan sebagai premis perniagaan yang mesra pengunjung, pelbagai kemudahan disediakan seperti kaunter penerangan pelancongan, surau, lot parkir, lif, medan makan, kaunter ATM, perhentian pengangkutan awam seperti bas dan teksi serta pelbagai lagi kemudahan untuk pengunjung dan pelancong.

 

Kelebihan:

  •    Tingkat Bawah - Lot-lot perniagaan
  •    Tingkat 1 & 2 - Lot-lot Bazar berjumlah lebih 400 unit
  •    Kemudahan tempat letak kereta di tingkat semi basemen
  •    Empat (4) gerbang masuk utama
  •    Tempat letak bas pelancong
  •    Kemudahan bank dan mesin ATM

btg.15.10

Kumpulan PMBK

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. X-Cell Bio bw PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.Kelantan ICT Gateway copy bw16a