Kel-Intaaj Sdn Bhd

Kel-Intaaj Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 13 Mac 2008 yang merupakan sebuah syarikat usahasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (30%) yang bertanggungjawab dalam membekalkan pelbagai jenis paip dan peralatan kelengkapan serta membekal semua jenis barangan paip dan fittings jenis HDPE, UPVC dan Ductile Iron.

 

Berikut diperincikan mengenai jenis-jenis produk yang akan dihasilkan:

  • Membekalkan Paip Jenis HDPE

Paip HDPE adalah fleksibel dan mudah untuk dibengkokkan dan biasanya digunakan dalam tanah. Penggunaannya adalah untuk sistem bekalan air sejuk terutamanya di bawah tanah oleh kerana tidak mudah rosak disebabka asid dalam tanah. Kebaikannya adalah ianya kuat, ringan, mudah untuk diangkat dan dipasang tidak mengalirkan elektrik. Ianya sesuai untuk mencapai pelbagai kegunaan seperti bekalan air, paip saluran najis dan paip air buangan, paip saluran bahan kimia, rangkaian paip air bawah tanah dan lain-lain kegunaan. Antara kebaikan penggunaan paip ini adalah ianya ringan, kekuatan hentaman yang tinggi, kebolehlenturan, anti karat dan aliran yang baik.

 

  • Membekalkan Paip Jenis uPVC

Paip uPVC (Unplasticised polyvinly chloride) dari Kelas C dan D juga boleh digunakan untuk pemasangan paip-paip utama. Paip uPVC , Kelas C boleh menanggung tekanan sehingga 300 kaki dan Kelas D pula sehingga 400 kaki. Paip ini digunakan dengan meluas oleh kerana ianya tidak mudah berkarat, ringan dam murah. Oleh kerana demikian, pemasangannya adalah mudah. Mudah untuk dikendalikan dan untuk dibuat sambungan. Tambahan pula dari segi kos, ianya murah berbanding dengan paip-paip yang menggunakan lain-lain bahan. Ia juga mempunyai ketahanan yang baik dari serangan banyak jenis kimia, tetapi penggunaannya di kawasan panas melebihi 70°C perlu dielakkan.

 

Kumpulan PMBK

  01b  02b  06b   KGTSBa   04b   14b  08b  09b   10b   12b   BTCSBa