Banner-Aktiviti-2014

Skuad Sukarelawan Mahabbah PMBK 2014

Skuad Sukarelawan Mahabbah PMBK secara rasmi telah menyinsing lengan memberikan bantuan kepada kepada mangsa banjir pada 18 Disember 2014, semasa gelombang pertama di Rantau Panjang dan Pasir Puteh.

Disusuli pula dengan gelombang kedua pada 25 Disember 2014 yang menelan banyak daratan sekitar Kelantan termasuk yang terburuk di Gua Musang, Kuala Krai dan Tumpat.

Banner-Aktiviti-2014

Program Mahabbah Bubur Asyura 1436H

Berorientasikan agenda merapatkan ukhuwah dalam kalangan kakitangan yang berada di bangunan PMBK yang terdiri daripada kakitangan PMBK, AKSB dan BMMB, satu program khas Mahabbah Bubur Asyura telah dianjurkan pada 4 Safar 1436 / 27 November 2014.

Program bersama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Air Kelantan Sdn Bhd di bawah seliaan urusetia Jawatankuasa Bersama Pembangunan Masjid Kota Darul Naim (JAMiL) ini juga disusun untuk memupuk rasa kebersamaan kakitangan dalam manjalankan tugas yang diberikan. Ia juga memberikan pengalaman aktiviti kemasyarakat kepada kakitangan untuk diamalkan dalam mayarakat di tempat masing-masing.

Banner-Aktiviti-2014

CEMPAKA PMBK BERJAYA ANJURKAN KARNIVAL JUALAN BARANGAN TERPAKAI

Kelab Muslimat PMBK (CEMPAKA) telah berjaya menganjurkan satu Karnival Juala Barangan Terpakai pada 5-6 Muharam 1436H bersamaan 28-29 November 2014, bertempat di Bazar Tok Guru, Kota Bharu, Kelantan. CEMPAKA ditubuhkan pada tahun 2009 dan berperanan sebagai perantara kepada hasrat wanita Kelantan dengan kerajaan negeri bagi merealisasikan kehendak wanita Kelantan. CEMPAKA merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan untuk menggalakkan dan mendorong penglibatan muslimat-muslimat Kelantan dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Banner-Aktiviti-2014

PMBK & Kumpulan di 5th OIC World Biz 2014

PMBK & Kumpulan di 5th OIC World Biz 2014 Pertubuhan Kerjasama Islam[1] atau OIC (Organisation of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan.

Banner-Aktiviti-2014

Majlis Perasmian Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) & Pembangunan Bercampur Bandar Saujana Harmoni

Tunjong Development Corporation Sdn Bhd (TDC) dengan kerjasama ML Synergy telah menganjungkan satu Majlis Perasmian Projek (RMMK) & Pembangunan Bercampur Bandar Saujana Harmoni, di Kampung Tanah Puteh, Gua Musang, Kelantan. Majlis tersebut telah berlangsung pada 21 Ogos 2014 dan telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato' Hj Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan.

Banner-Aktiviti-2014

Sambutan Kemerdekaan ke-57

“Malaysia… Disini lahirnya sebuah cinta”

Laungan, “Merdeka, merdeka, merdeka” menggamit beribu kenangan kepada seluruh rakyat Malaysia. 31 Ogos adalah tarikh keramat buat Malaysia. Hari Kemerdekaan tahun ini disambut bertemakan, “Malaysia… Disini lahirnya sebuah cinta” disambut diseluruh negeri.

Kumpulan PMBK

PMBK Sawit Sdn. Bhd. Kifaalah Sdn. Bhd Darul Digital Multimedia Solutions Sdn. Bhd. Tunjong Development Corporation Sdn. Bhd. Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. Kelantan Biotech Corporation Sdn. Bhd. Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn. Bhd. Air Kelantan Sdn. Bhd. Majaari Services Sdn. Bhd. Kel-Intaaj Sdn. Bhd. Sihhat-Afiat Sdn. Bhd. X-Cell Bio bw PMBK Az-Zahab Sdn. Bhd.Kelantan ICT Gateway copy bw16a