Banner-Aktiviti-2014

Majlis Hari Raya PMBK & Kumpulan 2018
KOTA BHARU, 25 Syawal 1439H bersamaan 10 Julai 2018

DSC 0130 Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) & Kumpulan telah menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri bertempat di ruang parkir kenderaan PMBK pada 4 Julai 2018. Majlis yang bertemakan Syawal Yang Mulia ini bermula pada pukul 12.30 tengahari – 3.30 petang telah menerima kehadiran pengunjung melebihi 3000 orang.

Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob turut hadir ke majlis diiringi oleh Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato, Hj. Md. Anizam Bin Ab Rahman dan Exco Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Hajjah Mumtaz Binti Md Nawi.        

Acara tahunan ini diadakan bagi merapatkan ukhuwwah diantara agensi-agensi kerajaan, badan korporat dan orang awam. Disamping itu, turut diadakan juga Pertandingan Hiasan Gerai Cantik yang telah dimenangi oleh syarikat PMBK Development Sdn Bhd. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK iaitu YABrs. Haji Abdul Rashid Bin Mohd Yusof.

DSC 9766

 

 

Kumpulan PMBK

01b 02b AiPROa 04b KGTSBa 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa16b