Mas’uliah Dalam Teras Perkhidmatan 2.0

Ditulis oleh Super User. Posted in Kolumnis

Oleh    : Muhammad Najid Abdullah

Prinsip pengurusan adalah selari dengan syariat. Ia membawa erti bahawa pentadiran Islam mempunyai prinsip, kaedah dan hukum tersendiri dalam menentukan kewajaran tindakan. Sumbernya seimbang, merangkumi kebahagiaan hidup dunia dan Akhirat serta bersumberkan wahyu. Konsep wahyu adalah penyatu semua bangsa, negara, geografi, sosio-budaya dan yang lebih penting adalah kebenaran mutlak.

Dengan inilah konsep Masuliah (akauntabiliti) dibina dan ia memerlukan penggunaan kaedah feqh sebagai panduan dalam melestarikan tindakan yang merujuk kepada tanggungjawab yang terpundak di atas bahu semua tenaga profesional sebagaimana berikut:

1.         SETIAP PERKARA ASANYA ADALAH NIAT.

Kaedah ini akan memastikan seseorang itu mempunyai niat yang betul dalam melakukan sesuatu serta mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Niat akan menentukan nilai perkerjaan samada betul atau salah. Niat yang betul perlu disertakan dengan matlamat dan tindakan yang betul.

Dalam melakukan kejahatan atau apa sahaja yang bertentangan dengan Syarak, niat yang betul tidaklah boleh menghalalkannya. Dalam hal ini konsep mas’uliah tidak menerima teori “matlamat menghalalkan cara” (the end justifies the means) yang dikemukakan oleh Machiavelli. Niat, Tindakan dan matlamat perlu dalam dimensi yang sama iaitu betul dan benar sebagaimana ajaran agama mengikut lunas syariat.

Kaedah ini bersumberkan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Bahawasanya setiap amalan perlu diseratakan niat. Setiap orang akan memperolehi apa yang diniatkannya.”                                                          (Bukhari & Muslim)

2.         KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHALANG OLEH KERAGUAN

Kaedah ini berkaitan dengan persoalan keraguan yang sentiasa ada dan menjadi lumrah pada setiap individu. Ia sesuai dengan sifat pelupa yang adalam dalam diri manusia.

Ertinya jika terdapat dua keadaan dalam diri seseorang, iaitu keyakinan dan keraguan, syariat mengemukakan kaedah keyakinan perlu mengatasi keraguan. Keraguan perlu ditinggalkan dan keyakinan adalah kekal sebagai tindakan.

Keyakinan bermaksud kepercayaan yang kukuh bersesuaian dengan hakikat yang nyata. Keyakinan menolak sangkaaan. Kejahilan atau sesuatu yang tidak selaras dengan hakikat juga terkeluar dari takrif ini meskipun sesorang itu kukuh dengan keyakinannya. Sandaran keyakinan perlu betul dan nyata.

Kaedah ini akan membuatkan seseorang terus komited dengan kerja setelah menyakini kebenaran kerja-kerja tersebut sekalipun dihasut dan dicerca oleh pihak musuh.

Sandaran kaedah ini adalah sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila salah seorang daripada kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya dan diragui perkara tersebut, sama ada telah keluar sesuatu atau tidak? Maka janganlah keluar masjid (solat) sehingga yakin terdengar bunyi atau bau (kentut).                                         (Hadis Riwayat Bukhari)

Terdapat beberapa kaedah lain yang termasuk di bawah kaedah ini, antaranya:

a)Asal sesuatu adalah kekal sebagaimana asalnya

b)Asal sesuatu adalah bebas daripada bebanan

c)Asal sesuatu adalah tiada

d)Asal bagi setiap perkara atau kejadian ditentukan mengikut masa yang paling dekat.

e)Asal sesuatu perkara adalah harus melainkan ada dalil yang mengharamkannya.

3.         KESUKARAN BOLEH MEMBAWA KEMUDAHAN

Kesukaran membawa keringanan kerana kesukaran ditolak dengan dalil nas. Ia merangkumi penggunaan kaedah darurat seperti musafir, sakit, paksaan, lupa, jahil, perkara yang tidak boleh dielakkan (ammu al-balwa) dan kekurangan upaya (OKU)

Kaedah ini akan menjadikan urusan pentadbiran tidak kaku dan statik apabila berdepan masalah. Kaedah dharurat boleh diguna pakai dalam perkara haram pada keadaan biasa dengan sebab halangan. Walaubagaimana pun pertimbangan dharurat itu pula perlu diselidiki dengan cermat dan mengambilnya mengikut keperluan yang sepatutnya.

Sandaran kaedah ini adalah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. “                                           (Ayat 185, Surah Al-Baqarah)

Kaedah ini juga bertepatan dengan kaedah Fekah Keutamaan yang menetapkan bahawa persoalan yang yang terlebih dahulu diutamakan berbanding dengan persoalan yang berat dan sulit. Tahap-tahap keutamaan ini merangkumi perincian sebagaimana berikut:

a)Mengutamakan perkara bermanfaat berbanding perkara yang merugikan.

b)Mengutamakan pekerjaan yang lebih lama manfaat dan kesannya.

c)Keutamaan beramal dengan ajaran agama ketika diuji

d)Keutamaan terhadap amalan hati berbanding amalam anggota

e)Perbezaan peringkat keutamaan perlu bersesuaian dengan waktu, tempat dan keadaan.

Kesemua kaedah dan prinsip keutamaan ini menghendaki suatu kreativiti olahan dalam bertindak mengikut kerangka fekah.

Bersambung...

Kumpulan PMBK

01b 02b 03b 04b 05b 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b X Cell Bio Color 14bKelantan ICT Gateway16b