Jaminan Syurga

Ditulis oleh Faqroul Afiq. Posted in Kolumnis

BAGAIMANA UNTUK DIJAMIN SYURGA?

 

‎عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " اضْمَنُوا لِي سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ : اصْدُقُوا إِذَا حَدَّثْتُمْ ، وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ ، وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ ، وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ ، وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ ، وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ " .

“ Dari Ubadah bin as Somit radiyallahu 'anhu . Bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wassalam bersabda : "Jaminlah bagiku enam perkara, maka aku akan menjamin bagimu surga; jujurlah jika kalian berbicara,tunaikanlah jika kalian berjanji, laksanakanlah jika kalian diamanahi, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan cegahlah tangan kalian.” ( HR Ahmad : 22144 ) Ibnu Hibban menilainya sohih.

 

Wahai saudara-saudaraku yang beriman...semoga kita tergolong dari kalangan mereka yang dijamin beroleh syurga.

 

Terdapat 6 perkara yang dijamin pelakunya beroleh syurga sebagaimana dalam hadis di atas, iaitu :

 

1. Jujur dalam berkata.

Seorang mukmin adalah orang yang jujur dan tidak mengenal kata dusta. Ia sentiasa menjaga kejujuran dalam hidupnya hingga hal itu membawanya kepada syurga.

 

‎قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى الْبِرِّ ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِي إِلَى الْجَنَّةِ ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا ، ً

“Hendaknya kalian berlaku jujur, kerana jujur membawa kepada perbuatan baik, dan perbuatan baik akan membawa kepada syurga. Seseorang yang sentiasa jujur, bersungguh-sungguh memilih kejujuran, hingga Allah akan menetapkannya sebagai orang jujur.” (HR Muslim)

 

2. Menunaikan janji dan komitmen terhadap akad.

Ini adalah salah satu sifat orang-orang mukmin dan ciri orang-orang yang bertakwa. Mereka tidak mengenal ingkar dalam janji dan khianat dalam akad. Sifat menepati adalah sifat pokok dalam pembangunan masyarakat islam, kerana ia berhubungan dengan seluruh jenis pergaulan manusia.

 

Seluruh bentuk interaksi manusia, hubungan-hubungan sosial dan jenis-jenis transaksi sangat ditentukan oleh sifat ini. Jika sifat ini hilang, hilanglah kepercayaan, hubungan manusia menjadi buruk dan saling curiga akan merebak.

 

3. Melaksanakan amanah.

Ia adalah diantara karakter positif terbesar, yang Allah memuji para pelakunya. Ia adalah diantara bentuk kesempurnaan iman seseorang dan kebaikan Islamnya. Dengan karakter amanah, maka agama, kehormatan, harta, jasad, jiwa, ilmu dan yang lainnya akan terjaga.

 

‎ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ : " أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِالْمُؤْمِنِ ؟ مَنْ أَمِنَهُ النَّاسُ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ،

“ Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda dalam hajjatil wada' , mahukah kalian aku khabarkan tentang seorang mukmin?  Seorang mukmin itu adalah orang yang manusia merasa aman dengannya atas harta dan jiwa mereka” (HR Ahmad : 23327).

 

4. Menjaga kemaluan

Maksudnya menjaga kemaluan dari perbuatan haram dan menjaganya agar tidak terjatuh pada kebatilan. Firman Allah :

 

‎ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ،

“dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka milik; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (QS. Al-Mukminun [23]: 5-7).

 

Menjaga kemualuan bererti menjaga keturunan dan nasab, mensucikan masyarakat dan menjaga keselamatan dari segala bahaya dan penyakit.

 

5. Menundukkan pandangan.

Maksudnya dari melihat yang diharamkan. Allah berfirman,

 

‎قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS. An-Nur [24]: 30).

 

Menundukkan pandangan memiliki faedah yang agung. Ia akan mewariskan pada seorang hamba kelazatan iman, cahaya hati, kekukuhan kalbu, kesucian jiwa dan kesolehannya. Padanya terdapat pencegah dari perilaku mencari-cari yang diharamkan dan kerinduan terhadap kebatilan.

 

6. Menahan kedua tangan

Maksudnya adalah dari menyakiti sesama, atau menyebabkannya tertimpa keburukan.

 

Keburukan tangan pada zaman ini lebih jelas lagi..bukan kerana kejahatan tangan yang memukul tetapi kejahatan tangan yang menaip...tidakkah kerana tangan yang menaip jatuh maruah seseorang...umat berpecah belah..jatuh suatu kerajaan...fitnah tersebar sepantas kilat...semuanya adalah angkara fitnah tangan... peringatan buat tukang fitnah dan maki di alam siber...ingat fitnah tangan boleh bawa ke neraka. ..

 

Namun, dengan tangan juga seseorang beroleh syurga bila digunakan pada redha Allah.  Imam Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya, dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

‎مر رجل بغصن شجرة على ظهر الطريق فقال: والله لأنحيّن هذا عن المسلمين لا يؤذيهم فأدخل الجنة

“Seseorang melewati ranting pohon di jalan, kemudian dia berkata: “demi Allah sungguh aku akan mengalihkan ranting ini agar tidak menyakiti orang-orang muslim” kemudian ia dimasukkan ke dalam syurga.”

(HR Muslim)

 

Kita selalu membeli barangan yang ada jaminannya. Bahkan barangan yang tiada jaminan dianggap rendah nilainya... dengan jaminan pengeluar yang belum pasti kejujuran dan benarnya pun kita rasa puas hati untuk membeli suatu produk.

 

Bagaimana pula dengan jaminan insan yang paling jujur, benar dan beramanah?, iaitu Rasulullah S.A.W

 

Dan bagaimana juga jika yang dijaminkannya adalah syurga, yang luasnya seluas langit dan bumi.!?

 

Dengan menjaga 6 perkara ini kita beroleh syurga dan bahagia yang hakiki nan abadi..

 

Ya Allah kami memohon rahmat dan perhatianMu, anugerahkanlah iman yang teguh, hati yang suci, akhlak yang luhur dan kehidupan yang sakinah. Kuatkanlah kami dengan iman dan yaqin, taqwa dan taat ,agar kami tergolong dari kalangan hamba-hambaMu yang diredhai dunia dan akhirat…

 

Olahan oleh:

MOHD MUHAIMIN MAZLAN

PEGAWAI PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Kumpulan PMBK

01b 02b 03b 04b 05b 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b X Cell Bio Color 14bKelantan ICT Gateway16b