Isu bekalan air bersih di Kampung Bechah Laut

Isu bekalan air bersih di Kampung Bechah Laut
Harakahdaily, 24 Mac 2018

AIR Kelantan Sdn Bhd (AKSB) amat menyedari permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Bechah Laut dan sekitarnya dalam jajahan Tanah Merah dan di pihak AKSB sedang menjalankan gerak kerja seperti berikut bagi membekalkan air bersih kepada penduduk setempat.

Untuk makluman, bekalan air yang disalurkan adalah dari Loji Bukit Remah melalui Tangki Setambung Tulang. Langkah awal yang diambil adalah dengan menyediakan Pam Booster dan telah siap dibina, namun disebabkan aliran air (flow) tidak mencukupi akibat penghantaran air bersih ke Temangan sebanyak 3 juta liter sehari dan permintaan di Bechah Laut adalah 1.5 juta liter sehari.

Di pihak AKSB juga telah dan sedang giat melaksanakan projek Loji Merbau Chondong (jangkaan siap adalah di bulan April 2018) hingga boleh membekalkan sehingga 75 juta liter sehari dan akan digunakan untuk penghantaran air ke Temangan menggunakan Tangki Kweng Hitam, Machang.

Setelah itu, penghantaran air ke Temangan yang menggunakan air dari Loji Bukit Remah akan dihentikan sepenuhnya nanti dan aliran air tersebut akan di bawa ke Tangki Setambung Tulang dan InsyaAllah permasalahan air di Bechah Laut akan selesai sebaik mungkin kerana sistem agihan telah sedia untuk digunakan.

Sekian, terima kasih.

IR WAN MOHD ZAMRI WAN ISMAIL, Pengurus Besar, Air Kelantan Sdn Bhd - HARAKAHDAILY 24/3/2018

Kumpulan PMBK

01b 02b AiPROa 04b KGTSBa 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa16b