Kelantan lancar beca bermotor 4 Jul Harakah

Kelantan lancar beca bermotor
Harakahdaily, 4 Julai 2018

KOTA BHARU: Kelantan mencatat satu lagi sejarah apabila memiliki beca bermotor sebagai tarikan baru industri pelancongan di negeri ini.

Sebanyak 10 beca bermotor dipasang sebagai percubaan yang diusahakan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan dengan kerjasama Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd.

Hari ini Menteri Besar mencuba beca versi baru tersebut ketika menghadiri Majlis Hari Raya Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato' Md. Anizam Ab Rahman menaiki beca bermotor dari Kompleks Kota Darulnaim ke bangunan PMBK sebagai gimik pra-pelancaran.

Kerajaan Negeri juga tahun ini memberi bantuan sara hidup kepada penarik beca sebanyak RM 1,200 setahun bagi membantu golongan terbabit.

HARAKAHDAILY 4/7/2018

Kumpulan PMBK

01b 02b AiPROa 04b KGTSBa 06b 07b 08b 09b 10b 11b 12b BTCSBa 14bQPTSBa16b